Pelajar Harus Rentas Jambatan Usang Untuk Ke Sekolah, Warganet Persoal Mana Tindakan Kerajaan

Satu kicauan daripada BERNAMA di Twitter, yang berkongsi gambar dan kisah beberapa pelajar Sekolah Kebangsaan Sibuga Besar yang harus merentas jambatan gantung usang dan tidak dibaiki untuk ke sekolah mereka, mendapat perhatian daripada warganet.

Sehubungan perkongsian itu, terdapat warganet yang mempersoalkan mana tindakan yang telah diambil kerajaan bagi menangani isu ini sedangkan sudah bertahun Malaysia tertubuh sebagai sebuah negara.

Gambar pelajar Sekolah Kebangsaan Sibuga merentas jambatan gantung untuk ke sekolah mereka yang dikongsi oleh BERNAMA di Twitter. Kredit Foto: Arjasneh Ahmad

Seorang pengguna Twitter @ieralee mengicau semula perkongsian tersebut dengan berkata diskusi perkongsian BERNAMA itu sepatutnya memfokuskan tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu, bukannya masih lagi memfokuskan kepada kesusahan yang harus dilalui pelajar terbabit untuk menuntut ilmu.

Katanya dalam kicauan semulanya tentang perkongsian BERNAMA, “Hentikan meromantikkan hal ini. Kanak-kanak ini bahayakan diri mereka bagi mendapatkan hak asasi manusia. Anda patut fokuskan kepada perbincangan kenapa walaupun Malaysia sudah tertubuh sekian lama, perkara ini masih terjadi?”

Warganet yang lain juga turut memberikan pendapat mereka berkenaan hal ini yang rata-rata turut tertanya kenapa ia masih berlaku sedangkan Malaysia kini sudah menjadi negara moden.

Apa pendapat anda mengenai hal ini?

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca