Salah seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membanggakan seluruh warga Malaysia apabila beliau berjaya menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.
Menurut JPA dalam satu kenyataan, pelajar dari Sungai Petani, Kedah yang dikenali sebagai Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences’, di Pegula Ice Arena pada 3 Mei lepas.
“Beliau merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0,” katanya.
#Tahniah Kami kongsikan ucapan apresiasi pelajar tajaan JPA,Muhamad Saiful Hakimi bin Daud.Beliau merupakan pelajar Msia pertama menerima Anugerah Engineering Honor Marshal,College of Earth & Mineral Sciences,Pennsylvania State Uni.
Moga kejayaan jadi pendorong kpd pelajar lain. pic.twitter.com/uw2LiHE60s— Jab. Per. Awam (JPA) (@jpagov) May 8, 2019
Malah, wakil Pennsylvania State University turut memuji Muhamad Saiful Hakimi yang kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance atas pencapaian akademiknya di samping beliau juga mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi.