Pelajar Lelaki Sarawak Terima Tawaran BMW Untuk Bentang Projek Teknologi Semi-Solar

Seorang pelajar dari UNIMAS membanggakan nama Malaysia apabila dia telah menerima tawaran dari syarikat automotif terkenal dunia BMW untuk membentangkan ideanya mengenai projek teknologi semi-solar di Austria.

Pelajat tersebut yang dikenali sebagai Franklin Lingga anak Abun, berasal dari daerah Kapit, Sarawak. Dua orang individu yang lain turut terpilih bagi membentangkan idea berdasarkan cadangan yang dikemukakan masing-masing.

 

 

Apa yang membanggakan Malaysia khususnya rakyat Sarawak ialah projek yang diutarakan oleh Franklin dengan mudah meyakinkan pihak BMW untuk menerima projek tersebut sekaligus beliau diiktiraf oleh pihak BMW sebagai pakar teknologi automotif bermula 2021 hingga 2031 nanti.

Difahamkan projek tersebut merupakan salah satu projek futuristik perancangan dalam 100 tahun penubuhan syarikat tersebut menjelang 2045 nanti.

Pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Buatan itu telah membentangkan projek tersebut 23 November yang lalu dan difahamkan kini beliau masih berada di sana.

 

 

Tahniah diucapkan!

Artikel Lain Untuk Di Baca