Pelajar Dikurung Dan Diikat Guna Rantai Besi Bertahun Lamanya, Guru Almajiris Di Nigeria Kini Diberkas

Seramai 500 pelajar lelaki berjaya diselamatkan daripada dikurung dan dirantai di Kaduna, Nigeria. Pelajar-pelajar tersebut dikatakan telah ditahan selama bertahun-tahun dalam sebuah bangunan yang dipercayai sebagai sekolah Almajiris.

Mereka bukan sahaja dikurung, dan dirantai, namun diseksa seperti hamba abdi. Lebih mengecewakan apabila mangsa seumur lima tahun sanggup didera secara seksual dan dibiarkan sehingga kebuluran.

Kebanyakan daripada mereka ditemukan dalam keadaan kakinya yang diikat menggunakan rantai besi. Seorang daripada mangsa tersebut yang berjaya diselamatkan juga dilaporkan telah mati.

Difahamkan bahawa seramai lapan orang guru telah diberkas oleh pihak berkuasa. Lebih memilukan, kebanyakan mangsa yang dihantar ke sekolah tersebut adalah untuk mempelajari ilmu agama Islam.

Seorang daripada 500 mangsa bernama, Bello Hamzah mendakwa bahawa pada awalnya dia ke situ bertujuan untuk mempelajari ilmu Matematik Gunaan namun yang berlaku adalah sebaliknya iaitu dikurung bersama rantai besi selama tiga bulan.

Jelasnya lagi, hukuman bagi setiap mangsa yang berniat melarikan diri juga sangat berat. Tahanan akan diperlakukan dengan kejam seperti diikat kemudian digantungkan di siling bangunan.

Menurut Laporan Mirror, sebahagian mangsa berasal dari luar kawasan Nigeria, iaitu Burkina Faso dan Mali. Kesemua mangsa kini ditempatkan sementara di stadium berhampiran sehingga keluarga kandung mereka ditemukan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca