Pelajar Berani Tanya E-Belia Bila Nak Dapat, Ini Jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tular di media sosial aksi seorang pelajar perempuan dengan selamba bertanyakan soalan mengenai e-Tunai Belia Rahmah dalam bentuk e-Wallet kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi video yang dirakam dalam acara sesi soal jawab Santai Petang dan Dialog bersama Perdana Menteri di Dewan Gunung Mat Chinchang, Kolej Vokasional Langkawi pada Rabu,

Pelajar yang dikenali dengan nama Wawa bertanya kepada Datuk Seri Anwar mengenai tarikh bantuan terbabit dimasukkan.

@malaysianspeaks 'Menteri kewangan kan' min tak boleh lah part ni😭 #politikmalaysia #malaysianspeak #malaysiaviral #pakatanharapan #infoviral #anwaribrahim #viralmalaysia #malaysianupdatenews #langkawi #LIMA #fyp ♬ original sound – Malaysian Speaks

“Menteri Kewangan kan? Saya nak tanya, bila nak dapat e-Belia? Kata bulan 4, tapi ni dah bulan 5 nak masuk bulan 6 dah,” tanya Wawa.

Apabila ditanyakan mengenai sumber e-Belia bakal dimasukkan pada bulan April, soalan Wawa sangat mencuit hati ramai termasuklah Perdana Menteri sendiri.

Secara berseloroh, Anwar menjawab soalan tersebut dengan berjanji akan menunaikan tuntutan e-Belia pada bulan Jun.

“Wawa, kalau Menteri Kewangan kata, betullah. Tapi kalau TikTok kata… Nanti, ni Menteri Kewangan nak jawab.

Sumber: Astro Awani

“Wawa kata e-Belia bila nak dapat? Ni bulan lima kan, okaylah Insya-Allah bulan enam kita bagi,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respons warganet yang terhibur dengan soalan dan jawapan pelajar tersebut.

Malah, ada yang mengatakan perbualan mereka seolah-olah seperti perbualan anak meminta duit kepada bapanya.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca