Pelagak Ngeri Ini Buat Kejutan Bakar Diri Untuk Lamar Kekasih Hati

Seorang lelaki yang merupakan pelagak ngeri profesional sanggup membakar dirinya semata-mata untuk melamar kekasih hatinya.

Menerusi satu video yang tular di media sosial itu, bahagian belakang tubuh lelaki yang dikenali sebagai Riky Ash dilihat disambar api ketika dia sedang melutut untuk melamar Katrina Dobson menjadi isterinya.

Sumber: The Sun

Difahamkan, Dobson yang bekerja sebagai seorang jururawat itu tahu Ash akan melakukan lagak ngeri itu namun dia menyangka ia hanya untuk tujuan penggambaran semata-mata.

“Saya tidak menemui cara yang lebih mengagumkan selain melamar wanita yang saya cintai ketika sedang terbakar,” kata Ash.

“Saya mampu bertenang sepanjang proses tersebut disebabkan latihan kung fu dan bahagian yang lebih sukar adalah memastikan kejutan itu berjalan lancar,” cerita Ash yang telah menjadi pelagak ngeri selama 27 tahun.

Sumber: The Sun

Sebagai langkah keselamatan, Ash telah memakai pakaian dalam pelindung serta gel tahan api di wajah, kepala dan lehernya bagi memastikan lamaran tersebut sempurna.

Selain jurukamera dan penerbit, kru keselamatan turut berada dalam keadaan bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau perkara yang tidak diingini.

Sebaik sahaja Dobson bersetuju untuk menjadi isteri Ash, kru keselamatan bergegas memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api.

Untuk rekod, pelagak ngeri profesional yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu dikatakan pernah bekerja dengan beberapa aktor Hollywood terkenal termasuklah Richard Burton dan Johnny Depp.

Menurut laporan media, kedua-dua pasangan terbabit bertemu dalam talian sejurus sebelum sekatan COVID-19 dikenakan.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca