Pelaburan Besar-Besaran Huawei Terhadap Negara Yang Terima Kehadirannya

Peranti masa kini, Huawei Technologies Co tahu bahawa sekarang bukanlah masa yang mudah untuk berurusan dengan syarikat Amerika Syarikat.

Andrew Williamson iaitu naib presiden global Marketing Insights mengatakan bahawa mana-mana pihak yang ingin berbuat demikian akan mendapat ganjaran.

“Huawei akan membuat pelaburan besar-besaran di negara yang menerima kemasukan kami,” jelasnya.

“Mengehadkan persaingan dalam infrastruktur 5G mempunyai kos sangat besar. Kerajaan dan syarikat di seluruh dunia perlu menangani kos itu berbanding dakwaan risiko ke atas keselamatan nasional mereka,” tambahnya lagi.

Arahan telah dikeluarkan pada bulan lepas oleh petadbiran Donald Trump itu untuk menyekat Huawei daripada menjual perkhidmatannya di negara tersebut.

Syarikat Huawei telah disenarai hitam oleh Washington kerana ia akan menjejaskan bekalan komponen Amerika Syarikat dari semikonduktor hingga ke aplikasi Google yang digunakan dalam telefon pintarnya.

Masih terlalu awal untuk Wiliamson menyimpulkan berkaitan riuh rendah syarikat itu yang mempunyai kesan terhadap pelanggannya di Mexico sejak kebelakangan ini, tetapi laporan suku ke-2 syarikat itu telah memberi gambaran tentang keadaan yang berlaku. Dikhabarkan bisnes telefon pintar Huawei tampak merosot di Eropah.

Kata penganalisis Canalys yang berpangkalan di UK iaitu Ben Staton, berkemungkinan permintaan kepada peranti itu akan “menjunam jatuh”. Hal ini menyebabkan kerisauan pengguna bahawa telefon Huawei akan segera ketinggalan zaman.

“Kami percaya satu standard keselamatan siber global perlu diwujudkan,” jelas Williamson. Bagi menangani kebimbangan mengenai isu keselamatan negara mereka, pihaknya bersedia bekerja rapat dengan kerajaaan.

“Kita perlu kembali kepada fakta, iaitu kembali merujuk kepada perbuatan dasar berasaskan bukti.”

Huawei menyediakan teknologi untuk rangkaian tanpa wayar borong iaitu Red Compartida di Mexico. Tambahnya lagi, ia juga berurusan dengan semua penyedia perkhidmatan utama termasuk America Mobil SAB dan AT&T Inc.

Jelas pegawai Jabatan Negara di Brussels pada hari Khamis lepas, Amerika Syarikat tetap dengan keputusannya menyekat Huawei daripada memasuki perkhidmatan telekomunikasi generasi berikutnya di negara itu, biarpun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menunjukkan kemungkinan akan memasukkan syarikat tersebut ke dalam perjanjian perdagangan akan datang dengan negara China.

Huawei didakwa oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kerana mencuri rahsia perniagaaan dan merancang satu kes jenayah terhadap ketua pegawai kewangan syarikat itu, Meng Wanzhou yang melibatkan Iran kerana berkomplot menipu bank supaya melepaskan transaksi yang berlawanan dengan sekatan Amerika Syarikat.

Artikel Lain Untuk Di Baca