Search
Close this search box.

Pekerja Syarikat Google Pecah Rekod Dunia Mengira Nombor Pi Paling Panjang

Nilai baru bagi nombor Pi yang telah dikira mencatatkan sebanyak 31 trilion nombor lebih banyak berbanding daripada rekod sebelumnya iaitu 22 trilion nombor.

Sempana sambutan hari Pi pada hari ini, syarikat Google mengumumkan bahawa mereka memegang Guinness World Records untuk kiraan nombor Pi paling panjang.

Seorang pekerja syarikat Google dari Jepun, Emma Haruka Iwao menemukan nombor baru tersebut dengan bantuan daripada perkhidmatan pengkomputeran awan (cloud computing) di mana fungsi utamanya adalah untuk menyimpan data dan aplikasi dengan menggunakan internet.

Sumer: Pinterest

Seperti yang diketahui umum bahawa nombor Pi adalah 3.14 dan nombor selebihnya adalah sangat panjang dan tidak terkira. Bagi mengetahui urutan angkanya yang lain adalah sukar kerana ia mempunyai corak yang tidak tetap. Pi banyak digunakan dalam bidang kejuteraan, fizik, superkomputeran dan juga penerokaan angkasa lepas untuk mengira gelombang, bulatan dan silinder.

Sumber: BBC News

Menurut Emma, pengiraan nombor Pi memerlukan ruang yang banyak iaitu lebih kurang 170 TB dan ia memakan masa selama 121 hari bagi mesin maya menyelesaikan pengiraan tersebut.

“Saya rasa terkejut dah masih lagi menyesuaikan diri dengan realiti. Bagi mencapai rekod dunia ini adalah susah. Tiada pengakhiran bagi nombor Pi ini dan saya akan mencari lebih banyak nombor baru lagi.” katanya dalam sesi temu ramah bersama BBC News.

Anda mahu mengetahui fakta yang menarik? Menyebut 31 trilion nombor Pi tersebut mengambil masa selama 332,064 tahun lamanya.

Tahniah diucapkan kepada Google kerana memecahkan rekod dunia dalam mengira nombor Pi yang paling panjang.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca