Pekerja Rumah Mayat Rogol Jasad Seorang Kanak-Kanak Sambil Disaksikan Rakan Sekerja

Seorang pekerja rumah mayat yang sedang berada di bawah pengaruh alkohol tergamak merogol mayat seorang kanak-kanak perempuan selepas meraikan kemenangan pasukan bola sepaknya. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Brazil.

Menurut laporan Daily Mail, lelaki yang dikenali sebagai Wanderley dos Santos Silva itu pada mulanya keluar bersama rakan bagi meraikan kemenangan pasukan Flamengo ke atas River Plate dalam perlawanan bola sepak Copa Libertadores yang berlangsung pada 22 November lalu.

Pada awal pagi keesokan harinya, Silva dan rakannya kembali ke pejabat dalam keadaan mabuk teruk.

Memetik laporan media tempatan, seorang pegawai dari Jabatan Forensik Polis datang ke pejabat mereka bagi mendapatkan maklumat mengenai mayat seorang wanita sebelum ternampak aksi jijik Silva yang sedang merogol mayat seorang kanak-kanak sambil disaksikan oleh rakan sekerja.

Sedar yang perbuatannya itu disaksikan pegawai berkenaan, Silva dikatakan terus melarikan diri. Pegawai tersebut kemudiannya segara melaporkan kejadian itu ke Jabatan Forensik Polis.

Difahamkan, Silva dan juga rakan terus dipecat secara serta-merta gara-gara perbuatan itu. Pada masa yang sama, pihak polis turut membuka kes nekrofilia (seks bersama mayat) untuk siasatan.

Menurut peguam tempatan iaitu Penelope Antony, Silva bakal berdepan satu hingga tiga tahun penjara sekiranya didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan mayat berkenaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca