Pekerja Restoran Ini Ditampar Pelanggan Gara-Gara Diminta Memakai Pelitup Muka

Seperti yang kita sedia maklum, wabak pandemik COVID-19 di negara Malaysia masih belum pulih sepenuhnya. Kerajaan juga sebelum ini telah telah menggalakkan pemakaian pelitup muka di kawasan awam sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir masyarakat yang degil dan berasa bahawa diri mereka sudah kebal dengan wabak pembunuh ini.

Baru-baru ini, di sebuah restoran di Kuching, Sarawak, seorang pelanggan bertindak menampar pekerja di premis berkenaan hanya kerana diminta memakai pelitup muka.

Pelanggan itu dipercayai merupakan pasangan lelaki dan perempuan yang dikatakan ingin menjamu selera di restoran berkenaan. Namun, sebaik sahaja tiba di pintu masuk, pelanggan tersebut telah ditahan oleh pekerja restoran tersebut kerana tidak memakai pelitup muka.

Pekerja restoran itu telah meminta pelanggan tersebut untuk memakai pelitup muka dahulu sebelum dibenarkan masuk. Malangnya, salah seorang daripada pelanggan tersebut tidak berpuas hati dan menganggap pekerja itu sebagai penyibuk dan bertindak menamparnya.

Berang diperhatikan orang ramai, pasangan tersebut kemudiannya beredar dari premis berkenaan.

Selepas daripada kejadian ini, restoran tersebut menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali yang mengatakan bahawa pekerja di restoran tersebut berlaku biadap dan berhenti untuk berkunjung ke sana untuk menikmati jamuan.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada panggilan tersebut mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut ataupun tidak.

Sementara itu, melihat pada kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, pemakaian pelitup pastinya merupakan ikhtiar yang terbaik untuk melindungi diri daripada menerima jangkitan wabak itu.

Kerajaan kini juga sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Menerusi perutusan khas Perdana Menteri semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu perincian mengenai perkara tersebut (mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam) akan diumukan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.

Ternyata, cadangan ini disambut baik oleh rata-rata rakyat Malaysia sebaik sahaja ia diumukan semalam.

Untuk baca artikel lain berkenaan pelitup muka, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca