Pekerja Ini Maut Selepas Ditolak Perompak Kedai

Seorang pekerja dari syarikat The Home Depot yang berusia 83 tahun telah meninggal dunia selepas ditolak ketika cuba hentikan perompak kedai.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati Gary Rasor berusaha menghalang seorang lelaki yang sedang membawa keluar tiga periuk tekanan jenama Ryobi tanpa membayarnya.

Hal ini menyebabkan dirinya terjatuh dan kepalanya terhantuk pada pasu tumbuhan.

Gary Rasor merupakan seorang tentera veteran di Amerika Syarikat terus dikerjakan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ekoran daripada kejadian tersebut, mangsa tidak dapat berjalan dan mengalami beberapa patah tulang.

Sumber: ABC News

Namun begitu mengikut kenyataan pihak polis Hillsborough, Gary Rasor disahkan telah menemui ajal akibat komplikasi daripada kecederaan yang diterima.

Isteri Gary Rasor meluahkan rasa sedih dan menyatakan ahli keluarga mereka sedang membuat persiapan untuk menyambut hari jadinya yang tidak lama lagi.

Sumber: ABC News

Malah suaminya itu juga tidak sabar dengan penuh harapan untuk melihat cucu baharunya buat kali pertama.

Sementara itu, pihak polis meneruskan misi pencarian terhadap suspek yang masih bebas dengan melarikan diri menggunakan kereta Hyundai Sonata berwarna putih

Kes ini kemungkinan akan diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca