Pek Semula Dan Jual Lebih 300,000 Kondom Terpakai, Kilang Ini Akhirnya Diserbu Polis

Polis Vietnam telah menyerbu sebuah kilang yang bertindak mengitar semula kondom terpakai di Selatan Bandar Ho Chi Minh. Serbuan itu dilakukan selepas pihak polis menerima maklumat daripada penduduk tempatan.

Memetik laporan Astro Awani, polis berjaya menemui 320,000 kondom terpakai dan kesemua kondom itu telah dibungkus semula dan dijual di pasaran tanpa pengetahuan pembeli.

Dalam serbuan itu, seorang wanita berusia 34 tahun yang juga merupakan pemilik kilang itu telah ditahan polis.

Selepas disoal siasat, wanita itu mengaku yang dia membeli kondom terpakai berkenaan daripada seorang lelaki di daerah tersebut. Kondom yang sudah dipakai itu kemudiannya dicuci sebelum dibentuk dan dibungkus semula di dalam plastik supaya kelihatan seperti baharu.

Menurut laporan media tempatan, polis kini sedang memburu individu lain yang turut terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Dalam pada itu, pegawai kesihatan daerah itu menegaskan bahawa penggunaan kondom terpakai sama sekali tidak digalakkan kerana ia boleh memberi risiko terhadap kesihatan pengguna.

Sebelum ini, kami ada kongsikan artikel tentang kondom perisa rendang yang dijual di pasaran Malaysia dan ia telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca