Peguam Ini Diculik Dan Diperkosa Bergilir-Gilir Sehingga Koma

*Gambar hanya sekadar hiasan.

Seorang peguam wanita mengalami detik paling hitam dalam hidupnya selepas dia bukan sahaja diculik tetapi turut menjadi mangsa nafsu buas tiga orang lelaki di mana dia telah diperkosa secara bergilir-gilir. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Punjab, Pakistan pada 15 Ogos lalu.

Memetik laporan media tempatan, mangsa yang juga merupakan ibu kepada enam orang anak itu pergi ke mahkamah daerah bagi mengikuti satu prosiding kes.

Belum sempat tiba di mahkamah, mangsa yang berasal dari Haveli Lakha, Okara itu telah diculik oleh tiga orang lelaki sebelum mereka bertindak menyeksa dan memperkosanya.

Selepas empat hari, syaitan-syaitan bertopengkan manusia itu meninggalkan mangsa di tepi jalan sebelum dia diselamatkan oleh orang awam yang lalu di kawasan berkenaan. Lokasi mangsa ditinggalkan adalah kira-kira 200 kilometer dari tempat tinggalnya.

Sumber: Medatrio

Difahamkan, wanita malang itu ditemui dalam keadaan tangan dan mulutnya diikat dengan tali. Dia juga dilaporkan berada dalam keadaan koma.

Menurut sumber, tiga orang lelaki itu turut memaksa wanita berkenaan untuk menandatangani satu kertas putih.

Dalam pada itu, video penemuan mangsa menjadi tular di media sosial dan ia telah menimbulkan amarah orang ramai.

Baru-baru ini, kami ada berkongsi kisah seorang remaja yang turut menjadi mangsa nafsu serakah 30 orang lelaki ketika dia mahu menggunakan tandas di sebuah hotel. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca