Peguam Ini Dedah Hukuman Untuk Rakyat Malaysia Yang Langgar Perintah Kuarantin

Individu melanggar perintah kuarantin yang berkaitan dengan COVID-19 di rumah boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Memetik laporan Sinar Harian, Syazlin Mansor menjelaskan bahawa hukuman itu adalah untuk kesalahan kali pertama. Hukuman lebih berat dikenakan untuk kesalahan kedua di mana individu terbabit boleh berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Untuk pengetahuan anda, peguam terbabit turut mengesahkan bahawa individu yang disabitkan bersalah untuk kesalahan yang dilakukan berterusan boleh didenda selanjutnya tidak lebih RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.

Menurut Syazlin, “Mengikut undang-undang, perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 boleh diambil di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.”

Tambahnya, “Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa untuk memerintahkan individu diasingkan di rumah.”

Dalam pada itu, seseorang individu itu dikehendaki mematuhi segala perintah yang ditetapkan sepanjang tempoh diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian.

Hal ini demikian kerana kegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan individu yang disabitkan bersalah itu berdepan hukuman.

Sebagai rekod, Kementerian Kesihatan mengesahkan sebanyak 125 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 553 kes.

Akhir kata, kesihatan anda seharusnya menjadi keutamaan dan jangan lupa untuk patuhi arahan kerajaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca