Pegawai Penjara Di Amerika Syarikat Guna ‘Baby Shark’ Seksa Tahanan Penjara

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: Susan K Mann

Dua orang bekas pegawai penjara dan seorang penyelia penjara di Oklahoma telah dituduh menyeksa banduan di sana pada Isnin lalu.

Ketika berkhidmat sebagai pegawai penjara, Gregory Cornell Butler Jr. dan Christian Charles Miles telah mengikat banduan di dinding dan memaksa mereka mendengar lagu Baby Shark tanpa henti selama dua jam.

Memetik laporan Lad Bible, kedua-dua individu tersebut mahu memberi pengajaran kepada para banduan kerana tindakan tatatertib yang diberikan dalam pusat tahanan berkenaan sebelum ini tidak cukup untuk mendidik mereka.

Sekurang-kurangnya lima orang banduan didakwa telah menerima hukuman ini pada bulan November sehingga Disember tahun lalu. Mereka dibawa ke bilik peguam dan perlu berdiri dengan tangan diikat sebelum dipaksa mendengar lagu Baby Shark selama dua jam.

Walaupun Christopher Raymond Hendershott yang bertugas sebagai penyelia kepada kedua-dua individu berkenaan sedar akan kes tersebut, lelaki itu dilaporkan tidak mengambil apa-apa tindakan.

Ini kerana Christopher menganggap seksaan yang dilakukan oleh dua orang pegawai tersebut baik untuk mendisiplinkan banduan.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Dalam pada itu, ia bukan kali pertama Baby Shark digunakan sebagai bentuk penyeksaan di Amerika Syarikat. Pada tahun 2019, para pegawai di Florida memainkan lagu itu dengan lantang di khalayak umum untuk mengusir para gelandangan yang sedang tidur di tepi jalan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca