Pegang Tangan Anak Maut Dalam Runtuhan, Foto Lelaki Ini Undang Sayu Warganet

Luluh hati melihatkan foto memaparkan seorang lelaki memegang erat tangan anak perempuannya yang menghembuskan nafas terakhir
di bawah runtuhan blok apartmen yang dimusnahkan dalam insiden gempa bumi di Kahramanmaras, Turkiye.

Memetik laporan Mirror, gambar menyayat hati itu mengundang sebak warganet apabila ia memaparkan Mesut Hancer memegang tangan anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

Berdasarkan gambar tersebut, anak perempuan Mesut dipercayai berada di atas tilamnya sebelum mangsa maut dihempap runtuhan bangunan.

Sumber: Harakah Daily

Pada waktu artikel ini ditulis, The Guardian melaporkan bencana alam itu telah meragut kira-kira 6,234 nyawa di Turkiye dan 2,470 nyawa di Syria.

Mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan dipercayai berdepan dengan pelbagai risiko meninggal dunia seperti kecederaan, lapar dan kesejukan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa angka korban gempa bumi itu boleh meningkat sehingga 20,000 orang.

Selain itu, pihak WHO turut memberi amaran bahawa bencana yang sama boleh menjejaskan kira-kira 23 juta penduduk termasuk 1.4 juta orang kanak-kanak.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) turut berkata bahawa angka korban kanak-kanak di Turkiye dan Syria boleh mencecah ribuan orang.

Sumber: Kosmo Digital

Presiden Turkiye iaitu Tayyip Erdoğan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah yang terjejas teruk akibat gempa bumi kuat berdasarkan laporan Kosmo Digital.

Erdoğan berkata bahawa pihak beliau mengambil keputusan itu untuk memastikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta kajian selepas bencana dapat dijalankan dengan cepat.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca