#PeduliBahasa: 20 Ejaan Sebenar Perkataan Bahasa Melayu Yang Sering Kita Keliru

Kadang-kadang, perkataan bahasa Melayu memang cukup mengelirukan. Malah, ejaan bagi sesetengah perkataan sering berubah-ubah dan tidak sama seperti dulu lagi.

Melalui segmen #PeduliBahasa ini, lambakan perkataan yang selalu mengelirukan orang ramai bakal dikongsikan kerana jujurnya, masih ramai yang tidak tahu tentang ejaan sebenar untuk perkataan-perkataan tersebut. Secara tidak langsung, kita semua akan lebih peka dan kesalahan ejaan setiap kali kita menulis dapat dielakkan.

Berikut adalah 20 perkataan yang kita semua sering keliru dan salah eja dalam penulisan:

1. Analisa / Analisis

2. Atlit / Atlet

3. Aturcara / Atur cara

4. Bandaraya / Bandar raya

5. Baucer / Baucar

6. Merbahaya / Berbahaya

7. Bowling / Boling

8. Buffet / Bufet

9. Cahayamata / Cahaya mata

10. Celupar / Celopar

11. Cincang / Cencang

12. Efisyen / Efisien

13. Agen / Ejen

14. Emel / E-mel

15. E-mail / E-mel

16. Faksimili / Faksimile

17. Gambarajah / Gambar rajah

18. Ehsan / Ihsan

19. Isipadu / Isi padu

20. Istirehat / Istirahat

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Mari kita sama-sama biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

Artikel Lain Untuk Di Baca