PDRM: Buang Segera 7 Aplikasi ‘Spy’ Ini Dalam Peranti Pintar Anda

Baru-baru ini heboh di media sosial mengenai aplikasi FaceApp yang mencuri data dan boleh menggunakan gambar anda untuk kepentingan pihak tidak bertanggungjawab.

Semalam, melalui laman Facebook Polis Diraja Malaysia telah berkongsi maklumat mengenai tujuh aplikasi peranti yang dikesan boleh membahayakan keselamatan anda.

Aplikasi-aplikasi tersebut ialah:

1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free
2. Spy Kids Tracker
3. Phone Cell Tracker
4. Mobile Tracking
5. Spy Tracker
6. SMS Tracker
7. Employee Work Spy

Aplikasi-aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejaki dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.

Aplikasi tersebut memerlukan pengintip untuk akses ke telefon mangsa yang mahu diintip. Pengintip boleh memuat turun aplikasi dari pangkalan Google Play dan memasangnya pada peranti sasaran. Aplikasi itu kemudiannya akan menggesa mangsa untuk memasukkan alamat e-mel dan kata laluan mereka.

Penyelidik ancaman keselamatan siber dari Syarikat Avast telah mengesan tujuh aplikasi di pangkalan Google Play yang direka oleh pemaju Rusia untuk melakukan intipan terhadap para pengguna melalui peranti pintar.

Avast mengesan dan melaporkan empat aplikasi terbabit pada hari Selasa. Kemudiannya, para penyelidik mengesan aplikasi kelima, keenam dan ketujuh pada hari Rabu dan melaporkannya kepada Google.

Ekoran daripada laporan itu, pihak Google telah membuang kesemua aplikasi terbabit dari pangkalan Google Play. Namun, sejumlah 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan.

Pihak Polis juga menasihati para pengguna Android untuk memeriksa aplikasi yang dimuat turun di peranti pintar masing-masing dan nyahpasangkan (uninstall) segera jika terdapat aplikasi yang disenaraikan.

Pengguna juga diminta agar tidak memuat turun sebarang aplikasi yang tidak dipastikan kegunaan dan tahap keselamatannya.

Semakin canggih teknologi, semakin kita terdedah dengan ancaman keselamatan siber.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca