PDRM Beri Diskaun 50% Kepada Pelbagai Saman Trafik

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan sehingga 50 peratus merangkumi pelbagai jenis saman trafik yang layak mendapat pengurangan bersempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, enam kaunter disediakan bagi orang ramai membuat semakan dan bayaran saman bermula jam 8 pagi hingga 6 petang pada 3 dan 4 Ogos di Dataran Pahlawan.

Kebiasaannya program ini mendapat sambutan. Oleh itu, orang ramai termasuk pengunjung dari luar Melaka yang mempunyai saman tertunggak boleh mengambil peluang ini membayar saman masing-masing.

“Namun, terdapat beberapa jenis saman iaitu saman kemalangan, saman berstatus NC (No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman Op Selamat tahun semasa tidak layak mendapat diskaun ini,” katanya.

PDRM turut terbabit sebagai pempamer sempena majlis pelancaran itu mempelawa orang ramai termasuk suri rumah mendaftar sebagai Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan Skuad Aman Wanita (Amanita) pada hari berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, tiada penutupan jalan utama dilakukan pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang akan disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Sabtu ini.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca