Paus Beluga Ini Sebenarnya Agen Rahsia Yang ‘Bekerja’ Dengan Tentera Laut Rusia

Baru-baru ini, sekumpulan saintis dan nelayan sedang dalam perjalanan menuju ke lautan Artik.

Kemudian mereka menemui seekor ikan paus jinak yang berenang dekat dengan bot mereka di perairan Norway untuk minta makanan.

Mereka perasan ada abah-abah (yang biasa ikat dekat kuda tu) di sekeliling kepala dan sirip paus tu setiap kali ia datang dekat bot.

Sumber: St Lucia News

Salah seorang nelayan tu terjun ke laut untuk melepaskan paus tu daripada ikatan abah-abah tersebut. Kelihatan ada kamera GoPro yang berlabel ‘St Petersburg’, sebuah bandar di Rusia.

Profesor Audun Rikardsen, salah seorang ahli biologi marin di Norway itu melaporkan kepada BBC bahawa kamera jenis itu bukan biasa digunakan oleh saintis Rusia tetapi kemungkinan besar milik angkatan tentera laut Rusia yang melatih haiwan itu bertahun lamanya untuk menjadi pengintip.

Lagipun pangkalan tentera laut Rusia di Murmansk hanya terletak kira-kira 415 Kilometer dari ikan paus itu ditemui.

Persoalannya, boleh ke ikan paus  ini bekerja dengan tentera?

Sumber: Pixabay

Paus beluga, paus pembunuh dan ikan lumba-lumba ini merupakan haiwan yang sangat cerdik dan boleh dilatih seperti anjing.

Russia dan Amerika Syarikat ini memang antara negara yang merekrut dan melatih mamalia laut seperti paus, ikan lumba-lumba dan singa laut untuk bertugas dalam operasi ketenteraan di dalam laut sejak zaman Perang Dingin lagi.

Tugas haiwan-haiwan ini adalah mengesan bom torpedo, objek dan orang yang hilang dalam laut. Malah menurut laporan CNN, ikan lumba-lumba pernah digunakan semasa Perang Iraq untuk mengesan sebarang bom di kawasan perairan Teluk Parsi agar kapal misi kemanusiaan boleh lalu dengan selamat.

Ramai yang dah tahu operasi rahsia dan ‘Unit Khas Bawah Air’ dua negara ini walaupun mereka cuba menyembunyikan dan menafikannya. Ada pihak yang membantah perlakuan ini kerana tidak beretika dan melanggar hak asasi haiwan.

Terbaru, paus beluga putih yang dikatakan ‘bekerja’ untuk tentera laut Rusia ini menarik perhatian dunia. Penduduk Norway menggelarnya sebagai Snow White, Agen James Beluga dan Si Putih Rusia.

Inilah agen rahsia ‘James Bond’ dari Rusia itu, tak ganas tapi comel.

 

 

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca