Demi membantu mencegah penularan wabak COVID-19, bintang bola sepak Paul Pogba telah melancarkan kempen kutipan derma. Ia dirasmikan sempena ulang tahun kelahiran beliau yang kini sudah berusia 27 tahun.
View this post on InstagramA post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba) on
Bintang Manchester United itu melahirkan rasa kesyukuran atas ulang tahun ke-27. Beliau berharap dapat membantu mereka yang menghadapi krisis COVID-19, terutama sekali kanak-kanak.

Beliau berharap kempen ini dapat mengumpul sebanyak RM143,042 dalam masa sehari. Jika sasaran tercapai, Pogba akan menambah lagi kutipan dengan wangnya sendiri.
Kempen ini telah mendapat kerjasama dengan Unicef, sebuah badan dunia yang memberikan fokus terhadap perkembangan kanak-kanak seluruh dunia. Semoga usaha Pogba berjaya dalam misi untuk membantu dunia memerangi COVID-19.
Untuk membaca artikel lain berkaitan bola sepak, sila klik pada pautan di bawah: