Patutlah Cantik Berseri, Racun Lebah Rahsia Kecantikan Kate Middleton

Setiap wanita mengidamkan kulit yang sihat dan cantik. Sudah tentu, rutin penjagaan wajah golongan selebriti menjadi tumpuan ramai sehingga ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit membeli pelbagai produk.

Namun, di antara ramai-ramai selebriti dan kenamaan, Duchess of Cambridge iaitu Kate Middleton antara yang menjadi perhatian kerana ramai masyarakat mengagumi terhadap kulit wajahnya sehingga menimbulkan rasa ingin tahu.

Akan tetapi, rata-rata terkejut apabila mengetahui petua kecantikan yang diamalkan oleh isteri kepada Putera William itu adalah racun lebah!

Ada yang melaporkan bahawa Kate membayar sekitar AS$325 (RM1,300) untuk satu sesi bagi menikmati rawatan wajah menggunakan racun lebah.

Ramai di antara kita yang tidak mengetahui bahawa racun lebah mempunyai banyak khasiat yang sangat baik untuk kulit walaupun ia berbisa.

Satu kajian telah dijalankan dan mendapati bahawa racun lebah secara aktif dapat mengurangkan dan melambatkan proses penuaan serta menghilangkan kedutan di wajah.

Disebabkan itulah ia telah mendapat perhatian dalam kalangan golongan muda untuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan rawatan racun lebah.

Di samping itu, rawatan wajah menggunakan racun lebah juga mampu menegangkan otot wajah, selain meningkatkan peredaran darah pada wajah.

Semua elemen ini sekaligus membuatkan wajah anda lebih bercahaya dan bersinar. Jadi tidak hairanlah Kate kelihatan sentiasa cantik setiap kali gambarnya dirakam oleh lensa kamera.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain, sila klik pada pautan di bawah :

Artikel Lain Untuk Di Baca