Patung-Patung Mannequin Ini Jadi Penghuni ‘Pekan Hantu’ Untuk Uji Kaji Bom Nuklear

Pada tahun 1957, Indiana Jones (Harrison Ford) telah memasuki sebuah pekan yang penuh dengan mannequin, untuk menguji kesan senjata nuklear semasa cuba melarikan diri daripada agen Soviet di Hangar 51. Pekan itu musnah kerana dibom dan peti sejuk telah menyelamatkan Jones daripada terbunuh.

Berikut klip movie Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull (2008):

Kalau anda nak tahu, gambaran ‘pekan terbiar’ dan letupan bom atom seperti dalam klip movie di atas sebenarnya memang pernah wujud dalam dunia nyata.

Pada era 1950-an, pihak ketenteraan Amerika Syarikat (AS) telah mereka sebuah pekan palsu yang dihuni oleh patung-patung mannequin di tengah gurun tandus Nevada semasa zaman Perang Dingin antara AS dan Soviet Union.

Untuk menguji kesan senjata nuklear ke atas manusia, tentera AS telah menjatuhkan 16-kiloton bom ke atas pekan rekaan tersebut.

Pekan berserta ‘penghuninya’ habis berkecai, tinggal serpihan rumah yang tersisa dan patung-patung mannequin dengan senyuman mengerikan di wajah mereka.

Sumber foto-foto: Business Insider & Public Domain

Artikel Lain Untuk Di Baca