Patung Annabelle Lari Dari Muzium? Ini Penjelasan Daripada Pemilik

Baru-baru ini, patung Annabelle dilaporkan hilang dari kotak kaca yang disimpan di Occult Museum dekat Connecticut, Amerika Syarikat.

Kehilangan Annabelle sudah tentu membuat orang ramai tertanya-tanya dan tidak dapat menyembunyikan perasaan takut selepas mendengar berita tersebut.

Menantu kepada pasangan penyelidik paranormal terkenal, Ed dan Lorraine Warren iaitu Tony Spera bagaimanapun menyangkal dakwaan berkenaan dan tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi sebuah video di laman YouTube.

Beliau yang juga merupakan pemilik muzium berkenaan menjelaskan bahawa patung Annabelle tidak pernah meninggalkan tempat tinggalnya.

“Saya mahu jelaskan bahawa Annabelle tidak melarikan diri. Annabelle masih di sini dan bukannya keluar bercuti atau pergi melawat teman lelakinya.

Oleh itu, tolong hentikan penyebaran khabar angin tidak tepat. Saya menghargai keprihatinan daripada semua pihak. Saya akan jadi risau sekiranya ia betul-betul terjadi sebab perkara ini tidak boleh dibuat main,” katanya.

Dalam pada itu, kisah Annabelle ini menjadi bualan ramai selepas ia dihadiahkan kepada dua orang wanita. Kedua-dua orang wanita itu mendakwa Annabelle bergerak di pangsapuri tersebut dan turut meninggalkan nota bertulis kepada mereka.

Sama seperti ‘The Conjuring’, patung itu telah mencetuskan situasi seram sehingga memaksa mangsa mendapatkan bantuan penyiasat paranormal, Ed dan Lorraine Warren.

Pasangan itu mengesahkan Annabelle telah dirasuk oleh roh jahat dan ia direhatkan dalam sebuah kotak kaca di kediaman mereka yang kini dijadikan sebuah muzium.

Apa-apa pun, Annabelle tidak lari dari muzium seperti apa yang didakwa.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan Annabelle, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca