Patung Annabelle Jadi Anak Angkat Manusia, Ini Budaya Luk Thep

Siapa antara anda yang pernah menonton Annabelle? Filem pecah panggung ini menceritakan bagaimana anak patung yang penuh misteri ini menjadi ‘rumah’ kepada roh seorang kanak-kanak yang sentiasa ingin membunuh.

Menurut legenda, roh seorang kanak-kanak bernama Annabelle telah berpindah ke dalam anak patung miliknya menyebabkan sesiapa sahaja yang memiliki boneka tersebut akan berakhir dengan kematian yang tragis.

Namun, tahukah anda bahawa patung seperti Annabelle ini sebenarnya wujud di Thailand?

annabelle sebenar
Anak patung Annabelle

Turut dikenali sebagai luk thep, boneka yang dikatakan mempunyai roh kanak-kanak di dalamnya ini merupakan anak angkat kepada manusia.

Menurut kepercayaan, ia mampu memberikan kesihatan, kekayaan dan tuah kepada pemiliknya.

Untuk dijadikan cerita, anak patung seram ini sangat terkenal di Thailand sehingga ada yang membuat andaian bahawa ia bakal menjadi trend di Malaysia pada masa hadapan.

China Press melaporkan bahawa patung-patung seram itu pernah dilihat di Malaysia sehingga warganet memberi amaran untuk tidak menyentuh ataupun menghampiri patung tersebut.

Tidak berhenti di situ, anak patung itu dipercayai mempunyai ilmu hitam yang boleh menyumpah ataupun mencari ‘rumah’ baharu atas arahan pemiliknya. Seramnya!

Millionaire, one of Mama Ning's favorite luk thep dolls on March 17, 2016.
Luk Thep. Sumber: Time

Kepada sesiapa yang mahu menjadikan boneka seram itu sebagai anak angkat, mereka perlu menjaganya dengan baik seumur hidup.

Pemilik boneka itu perlu menjaganya seperti seorang anak dengan memberi makanan kepadanya, memakaikan anak patung itu pakaian dan membawanya pergi berjalan-jalan.

Sebagai peringatan, ramai orang dikatakan pernah mengalami gangguan aneh dan seram sehingga sanggup meninggal dunia untuk melarikan diri daripada gangguan anak patung tersebut.

Oleh itu, anda perlu sentiasa amalkan langkah berjaga-jaga dengan anak patung yang terdapat di pasaran.

Terdapat kemungkinan besar bahawa ia memiliki perkara yang tidak diingini seperti ilmu hitam.

Dalam pada itu, terdapat pelbagai teori yang berbeza mengenai asal usul luk thep di mana ia merupakan kuman thong bersama sedikit penambahbaikan.

Pada pendapat anda, adakah budaya luk thep ini akan menjadi terkenal di Malaysia pada masa hadapan?

Penulis:

  • Noor ‘Aqilah Ab Hapiz adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kisah seram, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca