Patuh Perintah Suami, Ellie Suriaty Sudah Lengkap 2 Dos Vaksin

Aktres Ellie Suriaty Omar mendedahkan bahawa dia sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 pada November tahun lalu.

“Saya ambil Sinovac kerana Khairy Jamaluddin kan ambil Sinovac. Kita ikut Menteri Kesihatan lah. Saya menerima dos pertama pada lewat Oktober dan dos kedua pada November.

Saya dapat tawaran bekerja di Sarawak sebab itu juga. Orang yang dah divaksin ataupun antivaksin, tiada siapa nak dijangkiti COVID-19 jadi masing-masing pun ada cara-cara pencegahan tersendiri.

Begitu juga saya ketika belum divaksin. Saya tidak pernah dijangkiti COVID-19 kerana saya buat langkah pencegahan,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Sumber: OhBulan!

Pelakon Ayat Dari Langit itu turut menjelaskan bahawa dia tergerak untuk mendapatkan vaksin COVID-19 kerana tidak mahu mengingkari arahan suaminya iaitu aktor Azri Iskandar.

“Azri telah beri tempoh kepada saya selama dua tahun untuk meluahkan apa yang patut diluahkan tentang vaksin COVID-19. Jadi sudah tiba masanya saya dan anak-anak mengikut katanya.

Saya ambil suntikan vaksin kerana patuh kepada suami. Selagi Azri masih suami, saya kena dengar katanya dan sangat menghormatinya sebagai suami.

Sumber: OhBulan!

Walau bagaimanapun, saya telah beritahu suami bahawa dia kena tanggunglah sekiranya apa-apa terjadi kepada saya dan anak-anak kami,” tambahnya.

Dalam pada itu, aktres berkenaan turut menafikan dakwaan bahawa dia adalah seorang antivaksin seperti yang disifatkan segelintir pihak sebelum ini.

“Saya bukan antivaksin. Saya cuma persoalkan dan menyuarakan tentang vaksin COVID-19 yang dicipta dalam amsa enam sehingga lapan bulan sahaja.

Sumber: OhBulan!

Tidak tepat panggil saya antivaksin. Kalau saya antivaksin, dari dulu saya tidak akan cucuk apa-apa vaksin pun. Cuma apa yang saya persoalkan tentang vaksin COVID-19 adalah tentang keberkesanannya kerana ia dibuat secara terburu-buru.

Pada saya, tidak salah untuk menyuarakan pendapat saya. Saya bercakap selepas membuat kajian. Saya tidak main cakap saja dan tiada siapa yang mahu dijangkiti COVID-19,” ujarnya kepada OhBulan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca