Patah Hati? 4 Filem Dari Thailand Ini Memotivasikan Anda Untuk Move On Dengan Penuh Bergaya

Filem-filem gempak dan box office keluaran negara Thailand bukan lagi rahsia umum. Dari cerita hantu, aksi, romantik komedi sehingga cerita sedih tangkap leleh potong-potong bawang.

Cerita-ceritanya yang unik dan bersifat universal diterima baik di peringkat antarabangsa termasuk negara kita.

Ini ada beberapa filem dari Negara Gajah Putih itu yang mengajar kita erti move on. Ayuh, check it out!

1. Mr Hurt (2017)

Via Kincir

Luka di hati amat sukar untuk sembuh namun ia bukan perkara mustahil.

Ini kisah tentang seorang atlet, pemain tenis profesional bernama Don. Dia ada seorang teman wanita bernama Anna.

Sayangnya, kekasih dia curang dan mahu memutuskan hubungan di saat Don mahu melamarnya. Selain patah hati, Don turut patah tangan sehingga tidak boleh bermain tenis.

Ketika menonton filem ini, kita akan mengikuti perjalanan Don untuk merawat luka di hatinya, kembali bersemangat untuk beraksi di gelanggang tenis dan merebut semula cinta Anna sambil dibantu oleh Dew, kawannya sejak kecil baru ditemui setelah 10 tahun.

2. The Billionaire (2011)

Via Kincir

Bukan semua perkara patah hati itu berkait dengan cinta semata-mata. Ada juga yang dikecewakan oleh harapan dan cita-citanya. Kadang-kadang realiti tidak seindah fantasi.

Filem The Billionaire ini merupakan kisah benar tentang jatuh bangun seorang anak muda bernama Top, taikun bisnes bagi membina empayar perniagaannya dalam usia yang masih belia.

Perkara yang dapat dipelajari dari filem ini adalah kegagalan bukan jalan mati. Kejayaan menjadi milik orang yang tekun dan jalan terus (move on).

3. First Love, A Little Thing Called Love (2010)

Via Kincir

Filem ini mengangkat cerita anak remaja ketika zaman sekolah. Nam, seorang gadis sederhana meminati pelajar lelaki paling ‘hot’ di sekolahnya.

Namun Nam tidak dapat lari daripada patah hati kerana pujaan hatinya selalu dikejar oleh pesaing-pesaingnya yang jauh lebih cantik dan secocok dengan lelaki itu.

Apa yang kita boleh belajar daripada Nam adalah jangan terlalu menyerah diri pada keadaan sebaliknya berusaha jadi yang terbaik untuk orang yang anda sukai.

Dengan sokongan dan pertolongan kawan-kawannya, Nam berevolusi menjadi seorang gadis cantik dan yakin dengan dirinya sendiri.

4. First Kiss (2012)

Via Kincir

Cerita tentang Sa dan Bass bermula ketika mereka tercium secara tak sengaja di dalam bas.

Sa yang meroyan kerana ciuman pertamanya dicuri oleh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun itu sanggup mencari Bass sampai ke sekolahnya.

Bermula dengan gaduh-gaduh, akhirnya suka sama suka. Namun konflik bermula apabila Sa yang pernah dikecewakan oleh lelaki gagal untuk move on dan menjadi perempuan sensitif.

Pengajaran filem ini adalah cinta itu seperti saat kita menunggu bas di terminal. Jika menaiki bas yang tepat, tidak semestinya perjalanan akan lancar. Mungkin trafik sesak di tengah jalan.

Jika sedang patah hati, itu tandanya Tuhan sedang menunjukkan takdir lain yang lebih baik untuk jalan cerita hidup kita. Pasti ada hikmah yang dapat dipelajari. Jadi, untuk apa terus larut dalam heartbroken?

Nak tahu lagi fasal move on?

Boleh ikuti video ini dan langgan Lejen TV.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca