Pasukan Khas Akan Ditubuhkan Untuk Kesan Individu Rentas Negeri Tanpa Izin

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu pasukan khas bagi mengesan individu yang melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidilfitri akan ditubuhkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan, pasukan khas yang turut dianggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan ditugaskan untuk membuat pemantauan di kawasan perumahan dan kampung di seluruh negara.

“Arahan telah dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Negeri untuk mengambil tindakan (pemantauan di seluruh negara).

PDRM ada rekod siapa yang mendapat kebenaran rentas negeri dan siapa tidak,” katanya.

Tambah beliau, mereka yang ingin melakukan rentas negeri perlu mempunyai alasan yang kukuh dan munasabah serta mendapat kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu.

“Pergerakan rentas negeri boleh dilakukan tetapi perlu ada alasan yang wajar serta mendapat permit polis,” katanya.

Untuk rekod, semalam Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melaporkan sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba untuk rentas negeri.

Mereka semua kemudian diarah untuk berpatah balik. Beliau menasihati orang ramai agar melupakan hasrat untuk pulang ke kampung kerana ia hanya usaha yang sia-sia apabila akhirnya mereka akan ditangkap dan perlu berpatah balik.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca