
Baru-baru ini, seorang wanita Israel yang memiliki kerakyatan Britain terkejut apabila tempat kelahiran dalam pasport baharu United Kingdom (UK) yang dimohonnya adalah ‘Wilayah Palestin yang Dijajah’.
Menurut laporan, Ayelet Balaban dilahirkan di Pusat Perubatan Hadassah di Jerussalem (Baitulmuqaddis) yang dijajah manakala Britain merupakan dimana ayahnya berasal.
Dia membuat permohonan bagi pasport baharunya secara dalam talian dan menghantar pasport lama ke UK pada 23 Mei lalu.
Kemudian Balaban menerima pasport baharu pada Isnin lalu dengan keterangan tempat lahir baharu.
“Apabila melihat tempat kelahiran ditukar dari Jerusalem ke ‘Wilayah Palestin yang Dijajah’ (Occupied Palestinian Territories), saya berasa sangat terkejut,” katanya.
Bukan itu sahaja, abangnya juga memperbaharui pasport UK dua tahun lalu dan masih kekal ditulis tempat kelahiran dengan Jerusalem.
Walau bagaimanapun, dia mempercayai perkara berkenaan merupakan polisi baharu yang ditetapkan kerajaan UK.
Lantaran itu, dia telah menghantar emel kepada Tzipi Hotovely, Kedutaan Israel di UK bagi menuntut penjelasan mengenai perkara itu. Namun, wanita itu belum menerima sebarang maklum balas.
Sejak 1967, wilayah Palestin di Semenanjung Gaza, Tebing Barat, timur Baitulmuqaddis diduduki secara haram oleh Israel.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: