Pasar Karat Johor Bahru, Syurga Beli-Belah Tanah Air

Pasar Karat Johor Bahru sangat terkenal dalam kalangan rakyat Johor dan Singapura. Ia terkenal sebagai syurga membeli-belah bagi rakyat Singapura.

Pasar ini mendapat gelaran karat kerana pada awal pembukaannya barang yang dijual adalah bersifat langka dan antik. Pasar ini ditubuhkan sekitar tahun 2009 dan dirasmikan oleh bekas perdana menteri iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Sambutan yang sangat menggalakkan secara tidak langsung meningkatkan jualan produk seperti kraftangan dan barangan terpakai. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis makanan juga mudah didapati sekiranya anda berkunjung ke Pasar Karat.

Pasar ini berdekatan dengan pusat bandar yang terletak di Jalan Segget. Ia mula beroperasi pada jam 6.00 petang sehingga lewat malam pada setiap hari.

Menariknya, pasar ini berupaya menerima 6,000 hingga 10,000 orang pengunjung pada hari biasa manakala 10,000 orang pada hari minggu.

Untuk pengetahuan anda, seramai lebih kurang 500 orang peniaga akan terlibat dalam menjayakan Pasar Karat ini. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual dengan harga berpatutan.

Maka, tidak hairanlah sekiranya Pasar Karat terus menjadi pilihan pengunjung tempatan dan luar negara untuk mendapatkan pelbagai jenis produk.

Jika ingin merasai sendiri kemeriahan dan keriuhannya, marilah berkunjung ke Pasar Karat Johor Bahru. Alangkah ruginya percutian atau persinggahan anda ke negeri Johor sekiranya tidak berkunjung ke Pasar Karat.

Penulis

  • Mohamad Azmil Azali Bin Jafri adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel yang berkaitan dengan tempat-tempat menarik di Malaysia, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca