‘Pasar Jodoh’ Ini Menjual Gadis Yang Masih Dara Untuk Dijadikan Isteri Dengan Harga Serendah RM1,600

Baru-baru ini kecoh satu Malaysia berkenaan satu video bertajuk Wang Hantaran Nak Berapa Ribu? di LEJEN TV.

Seorang gadis di dalam video tersebut telah mengeluarakan kenyataan bahawa seseorang yang berpendidikan Ijazah wajar mendapat wang hantaran paling kurang RM 10,000 sehingga RM 15,000. Namun, kenyataan gadis tersebut telah mencetuskan kecaman yang hebat terutamanya dari golongan lelaki.

Berlainan pula di Bulgaria, kota tertua Zagora. Anak gadis di sana tanpa pendidikan, mereka dibeli dengan harga mencecah ribuan euro, kira-kira RM 10,000. Jika lebih cantik, badan lebih mantap, harganya akan lebih tinggi.

Di Bulgaria terdapat sebuah pasar aneh yang dipanggil pasar pengantin. Ramai gadis muda yang dihias dengan solekan tebal, berpakaian rapi dan memakai kasut tumit tinggi menunggu untuk dibeli oleh suami.

Pasar ini diadakan sebanyak empat kali setahun. Di pasar pengantin ini, ibu bersama anak lelaki akan datang untuk memilih menantu. Malahan, peha gadis tersebut akan dicubit dahulu untuk memperlihatkan kesuburan mereka.

Harga yang diberikan kepada pengantin perempuan sekitar RM 12,000 sehingga RM 24,000. Namun, kebelakangan ini harga pengantin telah menurun sehingga RM 1,600.

Kepada sesiapa yang mahu bernikah dengan gadis eropah yang cantik dan wang hantaran yang boleh ditawar-menawar, bolehlah ke pasar pengantin di Bulgaria. Untung saja nanti dapat anak berwajah persis mat salih.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca