Pasar Borong Sekitar Selayang Dan Kawasan Perumahan Warga Rohingnya Antara Lokasi PKPD Ke-6

Kerajaan pada hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur, dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai pasar borong Selayang bermula Isnin sehingga 3 Mei 2020.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada pukul 2 petang tadi.

“Kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan PKPD keenam di Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Selayang,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memberi jaminan bekalan barangan keperluan harian di pasar itu tidak terjejas biarpun ia berada dalam status PKPD.

Walaupun kawasan sekitar dikenakan PKPD, Ismail Sabri memaklumkan operasi pasar borong akan tetap beroperasi seperti biasa dimana perintah tersebut hanya dikenakan terhadap kawasan perumahan rohingnya yang berada di kawasan itu.

Ia merupakan PKPD keenam selepas Hulu Langat, Simpang Renggam, bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India, serta Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah yang dikenakan perintah itu.

PKPD itu dilaksanakan bertujuan untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Untuk baca artikel-artikel berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca