Pasangan Katak Yang ‘Dikahwinkan’ Untuk Hentikan Kemarau Dipaksa ‘Bercerai’ Kerana Hujan Turun Terlampau Lebat

Bagi menghentikan hujan lebat yang melanda negeri Madhya Pradesh, tengah India, satu ‘pasangan’ katak tidak semena-mena telah dipaksa untuk bercerai.

Difahamkan bahawa berikutan negeri itu mengalami kemarau, dua ekor katak berkenaan telah ‘dikahwinkan’ dalam satu majlis pada Julai lalu untuk dipersembahkan kepada dewa hujan.

Walau bagaimanapun, media tempatan melaporkan bahawa negeri itu menerima hujan lebat pada minggu lepas. Keadaan itu memaksa pihak berkuasa untuk melepaskan air beberapa empangan.

Oleh sebab itu, sekumpulan penduduk di ibu kota Bhopal telah menganjurkan satu majlis di sebuah kuil Hindu bertujuan untuk memisahkan pasangan katak itu.

Segelintir masyarakat India percaya bahawa perkahwinan katak mampu memberikan ketenangan kepada dewa hujan.

Pada bulan Jun lalu, penduduk di daerah Udupi, Karnataka bukan sahaja mengatur perkahwinan untuk dua katak (seekor ditetapkan sebagai ‘lelaki’ dan seekor lagi ‘perempuan’) malah mereka juga siap menyediakan pakej bulan madu buat kedua-dua katak itu.

Percaya atau tidak, kad jemputan ke majlis ‘perkahwinan’ itu turut diedarkan kepada orang ramai.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca