Pasangan Doktor Ini Sanggup Tangguh Perkahwinan Demi Selamatkan Nyawa Orang Ramai

Petugas kesihatan ketika ini adalah antara yang tidak menang tangan untuk menjaga negara daripada diserang wabak pandemik COVID-19 yang masih belum berkesudahan.

Malah, mereka ini terpaksa berkorban nyawa dan menolak tepi semua urusan peribadi demi menyelamatkan nyawa orang ramai.

Bagi pasangan doktor Max Allin, 34 dan Greta Geninson, 31, 11 April 2020 sepatutnya menjadi tarikh keramat di mana hari perkahwinan mereka diadakan dengan meriah disamping rakan dan keluarga.

Namun, kedua-dua doktor ini lebih berbesar hati untuk meraikan hari istimewa mereka dengan bertugas di Hospital Australia Barat. Malah, mereka berdua bersiap siaga di jabatan kecemasan untuk menerima pesakit yang berpotensi dijangkiti COVID-19.

Dua minggu yang lalu, pasangan ini mengumumkan kepada ahli keluarga untuk menangguhkan perkahwinan mereka kerana sedang berada dalam krisis kesihatan. Lebih menyentuh hati apabila rakan setugas mereka meraikan pasangan doktor ini dengan membuat jamuan secara kecil-kecilan.

Pasangan ini tidak mengharapkan sebarang majlis yang mewah, tetapi mereka hanya mampu berdoa dan berharap agar dunia kembali normal. Malah mereka juga menetapkan bahawa 25 September 2020 bakal menjadi tarikh perkahwinan mereka yang baharu.

Team Lejen Digital mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan sehingga ke tarikh perkahwinan mereka yang baharu.

Artikel pasal COVID-19 – Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca