Pasangan Beregu Malaysia Raih Pingat Gangsa, Warganet Indonesia Tumpang Gembira

Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat gangsa pertama untuk kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan jaguh Indonesia iaitu Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan malam tadi.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik oleh Bayu Arisandy iaitu salah seorang peminat badminton dan warganet dari negara seberang di laman Twitter, beliau mengucapkan tahniah dan berkata Malaysia sememangnya layak untuk memenangi perlawanan kali ini.

Bayu berkata, “Sudahkah anda menonton temu bual Aaron Chia dan Soh Wooi Yik? Mereka benar-benar menangis. Sebagai rakyat Indonesia, saya tidak tahu kenapa saya rasa terharu.

Otak saya turut berkata, “Mereka layak mendapatkannya! Inilah masa untuk tunjuk kepada Israel apa yang anda ada.” Tahniah, Malaysia. Much respect from Indonesia.”

Sumber: Twitter @TeamMsia

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet meninggalkan komen positif terhadap ciapan Bayu:

Good game. Saya juga tumpang gembira selepas melihat betapa bersemangat atlet-atlet Malaysia. The Daddies (Hendra-Ahsan) juga powernya masih dalam keadaan terbaik walaupun tidak lagi muda.” – @UaenArmy8_

Great sportsmanship from both team. The Daddies telah bermain untuk Olimpik sejak awal tahun 2000. Masih berstamina sehingga sekarang dan mampu beri saingan sengit kepada atlet muda adalah sangat membanggakan. Tahniah buat Malaysia dan Indonesia.” – @qiechan516

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Aaron turut menzahirkan ucapan terima kasih dan meminta maaf kerana tidak dapat memenangi pingat emas atau perak untuk Malaysia.

Aaron berkata, “Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kami. Saya minta maaf kerana tidak memenangi pingat emas atau perak untuk Malaysia. Walaupun begitu, kami gembira dengan pencapaian kami.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga kerana sentiasa menyokong dan tidak pernah menyerah kalah dengan saya. Kami berjanji akan bekerja lebih keras dalam kerjaya untuk memperoleh keputusan yang lebih baik. Terima kasih, semua.”

Sumber: Twitter @TeamMsia

Wooi Yik turut berkata menerusi satu hantaran di laman Instagram bahawa pingat gangsa yang dimenangi semalam merupakan satu momen yang agak emosional untuk dirinya.

“Ia merupakan motivasi yang sangat besar kepada diri saya untuk terus bergerak ke hadapan kerana saya tidak pernah dipilih untuk menganggotai skuad badminton kebangsaan sehingga berusia 18 tahun.

Saya hampir tidak mahu meneruskan dengan kerjaya badminton sebelum diselamatkan oleh Pakcik Looi. Beliau memberikan saya peluang terakhir untuk bermain badminton sekali lagi. Bermula dari situ, saya terus bermain badminton sehingga menjadi pasangan beregu nombor satu di peringkat negara,” ujar Wooi Yik.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada peminat Malaysia. Wooi Yik berkata mereka akan bekerja keras dan terus berjuang untuk Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Aaron-Wooi Yik menyingkirkan pasangan beregu nombor dua dunia itu dengan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14. Anda boleh tonton video highlight di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan badminton, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca