PAS Tidak Lagi Sokong Tun Dr. Mahathir Mohamad

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bahawa PAS menarik balik sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk jadi perdana menteri dan mahu urusan menentukan siapa perdana menteri itu diserahkan semula kepada rakyat.

Hal ini demikian kerana perdana menteri sementara itu sudah pun kehilangan sokongan daripada Pakatan Harapan (PH) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Jelasnya, “Kita pernah bercadang membuat usul percaya kepada Dr. Mahathir di Dewan Rakyat tetapi tidak mendapat respons positif daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO.”

Tambahnya, “Justeru, lebih baik serahkan kepada rakyat untuk pilihan raya umum (PRU) sebab kecelaruan politik. PAS juga bersedia jika pilihan raya diadakan pada bila-bila masa.”

Memetik laporan Berita Harian, Abdul Hadi menegaskan bahawa rakyat perlu diberi mandat untuk memilih melalui PRU ketika ditanya sama ada terdapat usaha membeli undi daripada mana-mana parti.

Sebagai respons, “Baik serahkan kepada rakyat. Kalau hendak beli, beli undi rakyat.”

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan kemelut politik negara, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca