Pas Bermusim 2019 Serendah RM199, Selangor Terus Garang Tarik Penyokong Kembali Ke Stadium

Melalui satu tweet dengan hashtag #KitaAdalahSatu dan #JomKeStadium, Selangor FA mengumumkan penjualan pas bermusim bagi musim 2019. Dijual melalui website www.faselangor.my sehingga 31 Januari 2019, terdapat 3 kategori pas bermusim yang ditawarkan.

1. VIP Season Pass (RM399)

1. Manfaat pemegang Red Giants Team Card
2. Keutamaan pembelian tiket perlawanan biasa (4 keping tiket tambahan untuk setiap pemegang pas bermusim)
3. 1 tempat duduk khusus untuk setiap pemegang pas bermusim VIP
4. 1 lanyard eksklusif Selangor
5. 1 jersi “Player Issue” Selangor (Home atau Away)
6. 1 mafla eksklusif Selangor
7. 1 poster pasukan Selangor
8. 1 tempat letak kereta khas
9. 1 pelekat kereta VIP
10. 1 diari eksklusif Selangor beserta surat daripada RMS
11. Keutamaan membeli tiket final (1 keping tiket diperuntukkan untuk setiap pemegang pas bermusim)

2. Open Season Pass (RM199)

1. Manfaat pemegang Red Giants Team Card
2. Keutamaan pembelian tiket perlawanan biasa (4 keping tiket tambahan untuk setiap pemegang pas bermusim)
3. 1 lanyard eksklusif Selangor
4. 1 jersi “Player Issue” Selangor (Home atau Away)
5. 1 poster pasukan Selangor
6. Keutamaan membeli tiket final (1 keping tiket diperuntukkan untuk setiap pemegang pas bermusim)

3. Kids Season Pass (RM79)

1. Manfaat pemegang Red Giants Team Card
2. Keutamaan pembelian tiket perlawanan biasa (4 keping tiket tambahan untuk setiap pemegang pas bermusim)
3. 1 lanyard eksklusif Selangor
4. 1 jersi “Fan Issue” Selangor (Home atau Away)
5. 1 poster pasukan Selangor
6. Keutamaan membeli tiket final (1 keping tiket diperuntukkan untuk setiap pemegang pas bermusim)

Pengumuman tersebut mendapat maklum balas positif para peminat di Twitter. Antaranya adalah ultraSel.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut mengucapkan tahniah.

Sementara itu, ada penyokong Pahang turut meminta pasukan kesayangan mereka untuk mengambil pendekatan yang sama dengan menawarkan pas bermusim. Namun melalui akaun Twitter rasmi mereka, Pahang dengan nada kecewa membalas yang ia tidak mendapat sambutan para penyokong apabila dilancarkan sebelum ini.

https://twitter.com/OfficialPahang/status/1086309415924297728

Pada pendapat kami, strategi pemasaran yang bersepadu dan konsisten adalah sangat penting dalam hal ini kerana hasil sesuatu gerakan yang besar sebegini memerlukan masa dan sokongan untuk dihargai nilainya dalam kalangan penyokong. Yang penting, semangat dan kepercayaan secara kolektif perlulah ada bukan saja daripada pasukan sendiri, malah semua penyokong. Seperti frasa kata terkenal, “Rome wasn’t built in a day.”

Apa pun, pastinya inisiatif ini akan menyemarakkan lagi semangat dan sokongan padu para penyokong Red Giants. Kembali ke Stadium Shah Alam selepas ‘menumpang rumah’ di stadium lain sebelum ini tentunya akan mengembalikan roh dan jiwa pasukan yang cukup lejen ini.

Viva Selangor!

Foto: Twitter FA Selangor

Artikel Lain Untuk Di Baca