Para Saintis Temui Wabak Baharu Dengan Potensi Pandemik Di China

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Pasukan penyelidik di China menemui sejenis selesema khinzir baharu yang telah menjangkiti dua individu baru-baru ini dan dipercayai berisiko untuk mencetuskan pandemik.

Menurut jurnal Prosiding Akademik Sains Kebangsaan (PNAS) yang diterbitkan pada Isnin lalu, wabak yang diberi nama G4 EA ini sama seperti selesema khinzir H1N1 yang pernah melanda dunia pada tahun 2009.

Virus selesema baharu dikesan di China, berisiko pandemik
Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Setakat ini, vaksin influenza yang sedia ada tidak merangkumi wabak G4 EA H1N1 ini dan manusia juga didapati tidak mempunyai imuniti terhadap virus berkenaan.

“Ia menjadi satu kebimbangan sekiranya jangkitan itu merebak dan meningkatkan risiko wabak. Tinjauan epidemiologi turut mendapati kedua-dua pesakit mempunyai jiran yang memelihara khinzir.

Pada masa yang sama, virus G4 EA ini boleh berjangkit daripada khinzir kepada manusia menyebabkan jangkitan teruk dan kemungkinan membawa maut,” tulis artikel itu.

Sementara itu, saintis berkata 10.4 peratus iaitu 35 daripada 338 pekerja di ladang khinzir itu telah diuji dan didapati mempunyai antibodi untuk wabak berkenaan. Ia sekali gus memberi gambaran jelas sebanyak 4.4 peratus daripada populasi umum akan terdedah kepada wabak ini.

Menurut para saintis lagi, “Jangkitan seperti ini meningkatkan kemungkinan adaptasi wabak berkenaan dalam kalangan manusia dan ia menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan terjadinya pandemik.”

Walaupun tahap bahaya wabak berkenaan masih lagi tidak diketahui umum, para penyelidik mengeluarkan amaran kepada orang ramai untuk memberi perhatian kepada virus ini.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan wabak, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca