Paparan ‘Likes’ Di Instagram Kini Disembunyikan Di 7 Buah Negara

Dalam usaha mengurangkan tekanan media sosial, Instagram pada April lalu telah membuat percubaan pertama dengan menyorokkan paparan likes pada kandungan yang dimuat naik oleh pengguna di Kanada.

“Kami akan meluaskan lagi percubaan ini kepada beberapa lagi negara untuk melihat pengalaman mereka,” katanya.

Tidak berhenti di situ, pihak Instagram pada Rabu lalu mendedahkan bahawa cubaan fungsi itu akan dikembangkan ke enam buah negara lain termasuk Australia, Brazil, Ireland, Jepun, Itali dan New Zealand.

Pihak Instagram berkata bahawa mereka cuba untuk melakukan perubahan itu kerana mahukan pengikut di akaun masing-masing fokus kepada gambar atau video yang dimuat naik dan bukan jumlah ‘likes’ yang menjadi kayu ukur kehebatan sesuatu yang dikongsikan itu.

Menerusi fungsi terbaharu ini, paparan likes pada setiap posting akan disorok secara default. Ini bermakna anda tidak boleh melihat jumlah likes yang diterima oleh pengguna lain terhadap kandungan yang dimuat naik oleh mereka. Bagaimanapun, pemilik akaun masih boleh melihat jumlah likes yang mereka terima.

Pada masa sama, Instagram turut memperkenalkan beberapa ciri dan polisi baharu untuk mengelakkan gejala buli dalam aplikasi itu.

Artikel Lain Untuk Di Baca