Pantai Kucing Teluk Bahang Ini Perlukan Bantuan Dana Dan Sukarelawan

Pantai Kucing Teluk Bahang

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai pengunjung Pantai Kucing yang selalunya menyumbang bantuan kucing tidak lagi dapat berbuat demikian.

Pantai di Teluk Bahang, Pulau Pinang yang dihuni lebih 200 ekor kucing ini memerlukan sumbangan dana bagi menampung keperluan mereka.

Menurut pengasas pusat perlindungan kucing jalanan, Teviot Fairservis berkata Pantai Kucing menjadi sepi kerana ramai penyumbang berada di luar daerah.

Selain itu, beliau turut risau kerana dana bagi bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk si bulus semakin berkurangan sejak pelaksanaan PKP.

“Sebelum ini orang ramai akan datang bermain dengan kucing di sini sambil membawa bekalan makanan serta keperluan lain bagi kucing yang menjadi penghuni pantai ini.

Namun selepas PKP, pantai ini sepi kerana ramai penyumbang kami berada di luar daerah ini, jadi mereka sukar untuk datang ke pantai ini,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Beliau juga berkata mereka memerlukan kira-kira RM20,000 setiap bulan bagi perbelanjaan makanan dan keperluan lain untuk kucing di pantai itu.

Fairservis yang berasal dari New York, Amerika Syarikat berkata jumlah perbelanjaan untuk seekor kucing di pusat itu hampir RM100 sebulan. 

Selain itu, kucing-kucing yang dibuang orang di pantai berkenaan ada yang sakit dan memerlukan rawatan di klinik haiwan.

Pantai bagi si bulus ini juga memerlukan bantuan sukarelawan untuk menguruskan kucing-kucing di sana kerana jumlahnya semakin meningkat kian hari.

“Kami dapati setiap hari jumlah kucing yang dibuang pemilik juga meningkat sepanjang PKP, jadi ini menyukarkan kami untuk menguruskan kucing akibat kekangan dana,” katanya lagi.

Kepada yang ingin menyalurkan sumbangan bantuan boleh berhubung dengan Teviot Fairservis dan sukarelawan Pantai Kucing di laman Facebook Cat Beach.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca