Panjat Pokok Guna ‘Motosikal’, Petani Ini Reka Alat Khas Untuk Petik Buah Kelapa

Seseorang itu memerlukan kepakaran dan pengalaman untuk memanjat pokok seperti pokok kelapa dan pokok pinang. Di negara kita, rata-rata petani dan pekebun ‘mengupah’ beruk dan kera untuk memanjat dan memetik buah kelapa.

Lain pula dengan seorang petani di India ini yang lebih maju ke depan fikirannya. Ganapathi Bhat mempunyai cara yang jauh lebih inovatif dan berteknologi tinggi di mana dia menaiki sebuah ‘motosikal’ bagi melakasanakan tugas itu.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, Bhat dilihat memanjat sebatang pokok pinang dengan menggunakan peralatan itu. Konsep peralatan itu persis motosikal di mana apa yang dia perlu lakukan ialah duduk di tempat duduk, hidupkan enjin dan pegang klac serta pemecut pada masa yang sama.

Walau bagaimanapun, Bhat tidak pernah berputus asa. Projek yang menggunakan komponen motosikal biasa seperti klac, pemecut, double brakes, penyerap kejutan dan enjin petrol 2.1 kuasa kuda itu akhirnya berjaya disiapkan pada bulan Mei lepas.

“Kali pertama saya panjat menggunakan ‘motosikal’ itu, saya meminta anak saya bersedia untuk memanggil ambulans,” katanya.

“Saya menggunakan komponen berkualiti tinggi. Tetapi jika terdapat kegagalan mekanikal, ia akan berhenti di pertengahan jalan.”

“Hanya tekan klac dan ia akan meluncur perlahan-lahan ke bawah,” ujar Bhat kepada portal Daily Mail.

Bhat telah memanjat kira-kira 150 pokok menggunakan peralatan yang terbukti selamat itu sebelum melakukan demonstrasi kepada petani tempatan.

Kos untuk membuat ‘motosikal’ itu mencecah kira-kira £9,000 (RM47,235). Dia bercadang untuk menjual peralatan itu pada harga £848 (RM4,450) seunit.

Sebelum ini, Bhat yang merupakan bekas graduan sains itu pernah bertugas sebagai juruteknik.

“Latar belakang itu membantu saya untuk memikirkan idea-idea seperti ini.”

“‘Motosikal’ ini diharapkan dapat membantu industri pertanian yang menghadapi masalah kekurangan buruh yang teruk,” tambahnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca