Panggung Wayang Dipenuhi Kulat Setelah Hampir 2 Bulan Tidak Beroperasi

Pembukaan semula operasi perniagaan dan pusat membeli-belah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini menyaksikan banyak aduan yang diterima melibatkan kerosakan barang jualan di kedai.

Beberapa hari lepas, tular di media sosial mengenai barangan kulit yang dijangkiti kulat di salah sebuah pasar raya. Terbaharu, satu insiden yang lebih kurang sama berlaku di dalam sebuah panggung wayang.

Seorang pengguna laman sosial Facebook telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan kerusi dan lantai di dalam panggung wayang tersebut dipenuhi dengan kulat.

Walau bagaimanapun, lokasi sebenar panggung wayang tersebut tidak dinyatakan. Namun, jika melihat kepada jangkitan kulat ini, sudah pastinya memerlukan kos dan masa yang panjang untuk memulihkan kembali keadaan kerusi dan panggung ini.

Untuk pengetahuan, kulat akan tumbuh sekiranya berada terlalu lama dalam suasana lembap serta tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

Sementara itu, berhubung penyebaran gambar barangan kulit yang dijangkiti kulat sebelum ini, kumpulan The MUI yang menguruskan Metrojaya Suria Sabah, Kota Kinabalu terpaksa mengambil tindakan untuk membuang barang kulit yang telah rosak.

Hal ini adalah untuk menjamin keselamatan pembeli agar tidak mendapat sebarang reaksi alergik atau penyakit kulit yang lain. Walau bagaimanapun, pembukaan semula pusat membeli-belah masih tidak membenarkan panggung wayang untuk kembali beroperasi.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar tetap mematuhi perintah kerajaan dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan PKP, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca