Seorang pengguna TikTok bernama Michelle Brown menunjukkan riak gembira dan teruja apabila menjumpai sebuah buah yang disukainya iaitu manggis. Namun, apa yang lebih menarik adalah Michelle tidak memanggil manggis sebagai mangosteen tetapi buah bawang putih manis (candy garlic).
Pada awalnya, Michelle menunjukkan kemahiran beliau membuka manggis iaitu dengan menggunakan sebilah pisau. Kulit manggis itu dikelar pada bahagian tengah kemudian wanita itu mengupasnya sendiri sehingga terbelah dua. Michelle turut menyatakan dalam video berkenaan bahawa manggis berbau seperti buah delima dan bunga mawar.

“Isi candy garlic ini lembut dan menyegarkan tetapi ia kelihatan seperti bawang putih. Buah ini mempunyai gabungan rasa laici, mangga dan tangerin pada masa yang sama. Sangat berjus,” ujarnya.
Apa-apa pun, Michelle sangat menggemari manggis dan turut meminta para penonton video tersebut untuk mencuba buah berkenaan.
Dalam pada itu, tinjauan kami di laman TikTok mendapati rata-rata warganet berasa tidak puas hati menonton video berkenaan dan memberitahu bahawa buah itu bukanlah bawang putih tetapi ia dikenali sebagai manggis atau mangosteen dalam bahasa Inggeris:

Tidak kurang juga, ada yang menegur cara wanita itu membuka manggis dan meminta Michelle memeriksa nama buah itu terlebih dahulu sebelum memuat naik video di TikTok.

Pada waktu artikel ini ditulis, video ini menerima 775,300 tontonan dan 59,500 tanda sukaan. Anda boleh tonton video penuh di bawah.
@missbedhead Sweet Garlic Fruit?! #fruit #tastetest
♬ original sound – Michelle Brown
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: