Pandu Proton X50 Pelanggan Selaju 180KM/J, Kereta Terkorban Akibat Kemalangan

Setiap orang pasti tertunggu-tunggu akan tiba masanya barangan yang baru sahaja dibeli untuk sampai ke tangan anda.

Tidak mengira barangan apa sahaja terutamanya kereta, bukan semua hari penghantaran berakhir dengan keadaan selamat.

Baru-baru ini, tular satu kisah kereta Proton X50 mengalami kemalangan ngeri semasa dalam perjalanan menghantar kereta kepada pelanggan yang berada di Johor Bahru.

Seorang bekas penjual kereta di Proton yang dikenali sebagai Puteri TopSales di Facebook berkongsi satu hantaran menjelaskan hal sebenar tentang kejadian tersebut.

Menurut Puteri, beliau telah berurusan dengan pelanggan kereta tersebut sejak empat bulan lalu.

Difahamkan, beliau tidak lagi bekerja sebagai penjual kereta Proton dan telah dimaklumkan supaya tidak menghantar kereta pelanggan bersendirian.

Jadi, salah seorang penjual kereta di situ bernama Azmi telah menemani Puteri bagi menghantar kereta berkenaan.

Pengurus bilik pameran menjadi saksi melihat Azmi memandu Proton X50 manakala Puteri membawa kereta milik Azmi.

Difahamkan sejurus mereka berdua keluar dari bilik pameran, Azmi hilang meninggalkan Puteri bersendirian. Apabila dihubungi, Azmi memberikan alasan dan meminta Puteri meneruskan perjalanan dahulu.

Pada jam 5.30 petang, Puteri telah menghantar lokasi pelanggan kepada Azmi dan diberitahu beliau telah sampai di Melaka masih meneruskan perjalanan.

Puteri pula baru sahaja keluar dari tol Skudai Johor Bahru pada jam 7 petang namun Azmi masih tidak kelihatan tanpa khabar berita. Puteri berjaya menghubungi Azmi pada pukul 8 malam dan dikatakan sudah berada di kawasan Segamat.

Walau bagaimanapun, Proton X50 tersebut masih tidak kelihatan di Johor Bahru. Cuba menghubungi Azmi sebanyak 40 kali, tiada langsung jawapan panggilan diterima.

Sumber: Facebook

Sehinggalah pada pukul 11 malam, Puteri mendapat panggilan daripada pelanggannya sendiri memberitahu bahawa Azmi telah hubunginya berkaitan dengan kemalangan dialami di sekitar kawasan Segamat.

Sumber: Facebook

Semasa di balai polis, Azmi mengaku bahawa beliau telah memandu kereta pelanggan pada kelajuan 180km/j.

Beliau turut menyalahkan aplikasi Waze dan Maps kerana membawanya melalui jalan kawasan Karak dan menghampiri Dungun walaupun destinasi sebenar ialah Johor Bahru.

Ekoran kejadian tersebut, Puteri turut membuat laporan polis bagi mempertahankan diri dan menjaga nama baiknya.

Beliau berharap semua orang dapat mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku dan tetap akan berjumpa dengan pelanggannya bagi menyelesaikan isu ini dengan baik.

Bagi Azmi pula, beliau kini bertanggungjawab membayar ganti rugi daripada kemalangan ngeri itu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca