Pandemik COVID-19 Masih Belum Berakhir – WHO

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Dr. Tedros Adhanom Gebreyesus memberi amaran bahawa pandemik koronavirus masih lagi belum berakhir.

Ia masih disifatkan mengganggu perkhidmatan kesihatan khususnya imunisasi bagi kanak-kanak di negara miskin.

WHO melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes positif dan kematian di Afrika, Timur Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Asia.

“Ketika beberapa negara di Eropah melonggarkan sekatan susulan pengurangan kes, kami mendesak negara-negara ini mencari, mengasingkan, menguji dan merawat semua kes dan mengesan kontak untuk memastikan trend penurunan ini berterusan.

“Tetapi pandemik masih jauh lagi untuk berakhir.

“WHO masih bimbang dengan trend peningkatan di Afrika, Timur Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Asia,” jelasnya

Dr. Tedros juga menyatakan masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengekang pandemik ini.

Beliau juga yakin tindakan yang betul akan membolehkan dunia dapat mengelak daripada berlakunya gelombang kedua.

Pada masa yang sama, beliau juga bimbang dengan aspek kesihatan kanak-kanak yang terancam.

Perkara ini kerana situasi kecemasan yang menyaksikan kawalan pergerakan seluruh dunia menyebabkan berlakunya kekurangan vaksin penyakit-penyakit seperti polio, campak, kolera, demam kuning dan meningitis.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 21 negara melaporkan kekurangan vaksin, kesan penutupan sempadan dan gangguan perjalanan akibat pandemik COVID-19.

Diharapkan semua pihak tidak mengambil mudah terhadap pandemik ini walaupun telah menunjukkan penurunan. Malah langkah berjaga-jaga perlu diamalkan sentiasa untuk mengekang penularan ini dan supaya ia berakhir dalam kadar yang segera.

Untuk baca artikel lain berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca