Pandemik COVID-19 Di Malaysia Dijangka Tamat Pada Awal Julai Depan

Data-Driven Innovation Laboratory, Singapura University of Technology & Design menjangkakan bahawa jangkitan pandemik COVID-19 di Malaysia akan tamat sepenuhnya pada awal Julai depan.

Mengikut ramalan berdasarkan data yang dibuat pada 26 April lalu, sebanyak 97 peratus jangkitan virus itu dapat dikawal pada 6 Mei manakala pada 20 Mei pula, wabak itu dikatakan akan dihapuskan sebanyak 99 peratus di negara kita.

Pada masa yang sama, data tersebut juga turut meramalkan rata-rata negara di Eropah akan mengakhiri wabak itu antara Julai sehingga Oktober depan.

Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan jumlah kes positif tertinggi di dunia dijangka bakal mengakhiri sepenuhnya wabak berkenaan pada September depan.

Pada hari ini iaitu 29 Mei, negara kuasa besar dunia yang ketika ini telah pun mencatatkan hampir sejuta kes dengan lebih 50,000 kematian itu dijangka akan menamatkan 99 peratus jangkitan COVID-19.

Dalam pada itu, Singapura yang kini menjadi negara tertinggi di Asia dengan 14,951 kes positif direkodkan setakat 28 Mei dijangka akan pulih sepenuhnya jangkitan wabak itu pada 16 Julai depan.

Menurut data ramalan sama, negara pertama dikesan penularan wabak COVID-19 iaitu China akan menamatkan sepenuhnya jangkitan berkenaan pada awal bulan Mei.

Untuk rekod, China telah menyaksikan lebih daripada 4,600 jumlah kematian akibat COVID-19 di mana sebahagian besar daripada jumlah itu melibatkan penduduk di Wuhan iaitu wilayah pertama dikesan berlakunya wabak tersebut.

Sehingga kini, wabak yang didakwa berpunca dari sebuah pasar basah di Wuhan itu telah menjangkiti lebih 3 juta orang di seluruh pelosok dunia.

Seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca