Pandang Ringan COVID-19 Pada Peringkat Awal, Coretan Ini Bongkarkan 4 Kesilapan Itali

Ferdinando Giugliano berkata kerajaan Itali telah banyak melakukan kesilapan dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Kolumnis Bloomberg itu turut berkata bahawa keputusan menutup beberapa kawasan di utara Itali itu dilaporkan oleh akhbar sebelum ia diluluskan oleh kerajaan mencetuskan keadaan tidak terkawal dalam kalangan penduduk negara tersebut.

Hal ini demikian kerana laporan itu menyebabkan rakyat melarikan diri secara tergesa-gesa ke wilayah selatan dan ia dipercayai merupakan punca penyebaran wabak meragut nyawa ini ke kawasan lebih luas.

Milan Cathedral

Giugliano kongsikan empat punca COVID-19 merebak dengan pantas di negara tersebut dan kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan Itali:

1. Itali mempunyai ramai penduduk warga emas dengan usia purata sekitar 45 tahun.

2. Penduduk Itali juga lebih cenderung untuk menghabiskan masa bersama-sama di rumah.

3. Wilayah Lombardy yang terkenal dengan ibu kotanya iaitu Milan paling teruk terjejas akibat COVID-19 kerana ia mempunyai hubungan komersial yang kuat dengan negara-negara lain termasuk China.

4. Kerajaan dan pemimpin parti politik sendiri termasuk Perdana Menteri Itali iaitu Giuseppe Conte dikatakan memandang ringan penularan wabak ini pada peringkat awal.

Tidak cukup dengan itu, segelintir daripada ahli politik meminta penduduk untuk tidak bimbang dan sebaliknya meneruskan kehidupan seperti biasa selepas kes pertama COVID-19 muncul di Lombardy.

Selepas kerajaan Itali menyedari kesilapan tersebut, perintah berkurung dilaksanakan melibatkan 50,000 orang di 11 bandar di selatan Lombardy dan sebuah kawasan berhampiran iaitu Veneto.

Sebagai rekod, Itali sudah mencatatkan sebanyak 74,386 kes positif COVID-19 dan 7,503 angka korban sehingga ke hari ini. China pula merekodkan sebanyak 3,287 angka korban dan 81,285 kes positif COVID-19.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan penularan wabak COVID-19 di Itali, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca