Pandai ‘Posing’ Depan Kamera, Ketampanan Kambing Ini Curi Perhatian Warganet

Kambing memang terkenal dengan wajahnya yang seakan-akan tersenyum. Tidak hairanlah simpulan bahasa senyum kambing boleh wujud.

Baru-baru ini, foto seekor kambing yang sangat kacak mengalahkan jejaka di luar sana telah tular di media sosial. Rata-rata memuji ketampanan kambing itu yang dijaga dan didandan rapi oleh tuannya.

Kambing yang diberi nama Remos itu berjaya mencuri perhatian warganet di mana gambarnya yang dikatakan ‘hensem’ itu berjaya mengumpul 3,700 perkongsian serta lebih 1,500 komen.

Menurut pemilik Remos iaitu Ahmad M. Fadzil, kambing itu persis model kerana dia sangat suka apabila gambarnya ditangkap. Malah, Remos juga sering menggayakan dirinya dengan pelbagai posing setiap kali melihat kamera.

Untuk rekod, Remos dibeli daripada pembiak baka di Terengganu dengan harga RM750.

Jadi, pembaca lelaki di sini tercabar tak tengok ketampanan Remos? Sekali pandang dah macam Sergio Ramos!

Artikel Lain Untuk Di Baca