Malaysia dijangka akan mengalami cuaca panas dan kering sehingga pertengahan bulan September. Walaupun kita tidak digalakkan keluar rumah, bahangnya tetap dirasa. Mari cuba pendingin hawa atau aircond DIY ini untuk merendahkan suhu bilik atau rumah kita.
Tips untuk melawan suhu panas ini dikongsi oleh seorang pengguna TikTok, Sam @sam.southall02 dengan menggunakan bahan yang mudah didapati.
Di dalam video tersebut, Sam memberitahu bahawa kita perlulah menutup semua pintu dan tingkap bagi kawasan yang kita mahu sejukkan.
Dia kemudian meletakkan sebotol air beku dua liter di belakang kipas dan menghidupkannya.
Bagaimanapun, ada yang menyarankan untuk menggunakan pek ais yang betul kerana botol air boleh pecah akibat ais mengembang ketika membeku.
Selain itu, ramai warganet rasa kagum dan banyak juga yang mengatakan aircond DIY ini benar-benar menjadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengatakan kita dijangka akan menghadapi suhu lebih dari 35 darjah Celsius tetapi tidak akan melebihi 40 darjah Celsius.
Disamping itu, METMalaysia juga menjangkakan musim tengkujuh akan berlaku pada pertengahan bulan September dengan hujan lebat dan angin kuat.
Hal ini akan mempengaruhi negeri-negeri yang terletak di pantai barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah, serta wilayah barat dan tengah Sarawak.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan TikTok, anda boleh klik pada pautan di bawah: