Pampasan RM5.7 Juta, Bukti Tidak Bersalah Selepas Dipenjara 21 Tahun

Seorang lelaki dari Ohio telah bebas selepas 21 tahun dipenjara atas jenayah yang tidak pernah dilakukan.

Ralph Blaine Smith dipenjara kerana aktiviti pencerobohan rumah bersenjata dan rompakan yag didakwa berlaku pada tahun 2000.

Sumber: UNILAD

Namun demikian, Ralph dibebaskan baru-baru ini dan diberikan pampasan sebanyak AS$1.3 juta (kira-kira RM5.7 juta) atas kecuaian menjatuh hukuman terhadap dirinya.

Ralph dituduh sebagai salah seorang daripada 2 orang lelaki berkulit hitam yang menceroboh masuk rumah di Lancaster.

Dia didakwa mencuri buku komik yang jarang ditemui dan wang tunai sekitar AS$10 ribu (kira-kira RM44 ribu).

Menurut pendakwa raya, tuduhan yang dilakukan hanyalah semata-mata berdasarkan fakta dua orang pemilik rumah memilih Ralph daripada barisan gambar yang ditunjukan oleh pihak polis.

Sumber; Fox News

Tiada bukti lain yang menunjukkan dia terlibat dengan aktiviti jenayah itu dan barang yang dilaporkan telah dicuri juga tidak pernah ditemui daripada Ralph.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2021 yang lalu seorang hakim bernama Richard E. Beres menyemak semula kes Ralph Blaine Smith dan mengetahui bahawa pihak pendakwa menahan bahan bukti ditunjukkan.

Peguam mangsa iaitu Joseph Landusky mendapati pasukan pembelanya tidak diberikan bahan bukti utama yang membuktikan Ralph tidak bersalah.

Sumber; Fox News

Selepas segala bahan bukti yang ditunjukkan membuktikan Ralph tidak bersalah, akhirnya dia dibebaskan dan Lembaga Kawalan Ohio meluluskan pembayaran ganti rugi kepada dirinya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca